Hafiz AF7 disaman RM200 000



Haniza menunjukkan tuntutan saman terhadap Hafiz.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus pentas mengemukakan saman ganti rugi sebanyak RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Hafiz AF atas dakwaan mencederakan wanita itu sehingga kehilangan mata pencariannya dalam satu kejadian pada tahun lalu.

Plaintif, Nur Haniza Mohd. Azhar, 25, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftar, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dia yang sebelum ini, pekerja separuh masa untuk Syarikat Global Station Sdn. Bhd. menamakan Hafiz atau nama sebenar Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 22, selaku defendan.

Menurut penyata tuntutan itu, plaintif mengenali defendan menerusi kenalan serta ketika menjalankan kerja-kerja di Astro Holding Sdn. Bhd.

Dakwa plaintif, pada pukul 3.15 petang, 17 Mei 2011, ketika bekerja sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show, bahunya ditepuk oleh defendan yang mahu berjumpa namun ditolak dengan baik oleh plaintif.

Defendan kemudian didakwa memeluk bahu plaintif dan mendesak untuk berbincang tapi sekali lagi plaintif menolak kerana sibuk.

Ramli Sarip Rosyam Nor Terima Pingat Datuk


AYER KEROH – Papa Rock, Ramli Sarip dan aktor, Rosyam Nor akan menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75, esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar ketika mengumumkannya hari ini, berkata kedua-dua artis itu akan menerima darjah kebesaran negeri terbabit pada sesi kedua penganugerahan pingat, Ahad ini.

“Kerajaan negeri menghargai sumbangan mereka dalam dunia hiburan, khususnya di Melaka,” katanya. – BHarian

Hatyai Malaysia tak perlu pergi Thailand dah




















SEORANG wanita sedang menunggu pelanggan di lorong belakang sebuah pusat hiburan di bandar Puchong, Selangor.

KUALA LUMPUR - Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.

Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.